Hari ni saya nak bercerita tentang 'hacker'. Anda tahu apa maksud hacker? Hacker adalah seorang penceroboh mana-mana laman web sama ada laman sosial ataupun laman lain. Hacker ni biasanya wujud di laman sosial kebanyakannya. Laman sosial yang paling popular sekarang ini adalah Facebook dan Twitter. Saya jamin mesti anda pernah dengar kan tentang kawan-kawan ataupun artis-artis yang terpaksa tutup akaun Facebooknya sebab akaun mereka kena hack? Mesti pernah kan? Mana-mana yang pernah kena hack tu agak kasihan. Mana tidaknya, bila kena hack, sesetengah akaun takkan dapat buka lagi. So, kena buat akaun baru. Memang buang masa sebab kena create e-mel kat Yahoo la, kena confirm e-mel la dan macam-macam lagi. E-mel memang sangat penting untuk mendaftar di mana-mana laman sosial.
Biasanya, hacker akan lebih gemar menceroboh masuk ke akaun Facebook dan Twitter. Orang yang menjadi mangsanya itu mungkin adalah orang yang tidak disukainya. Jadi, kaedah ini adalah kaedah yang paling senang iaitu hack akaun mangsa.
Bagaimana hacker tersebut boleh hack akaun mangsa? Antara cara yang saya tahu ialah dengan menggunakan software Facebook Freezer. Hacker muat turun software tersebut dan menceroboh akaun mangsa. Mangsa tidak akan dapat membuka akaun Facebooknya selagi hacker tidak nyahaktifkan software tersebut. Cara ini memang berkesan buat si hacker yang durjana itu. Malang sekali bagi si mangsa yang sudah lama tidak buka akaun Facebooknya selama beberapa bulan. Maka, lagi senanglah ia dicerobohi. Hacker yang menggunakan cara ini amat licik.
Banyak lagi software yang boleh dimuat turun bagi menghack akaun mangsa. Namun, ada satu cara yang paling senang untuk hacker ceroboh iaitu melalui e-mel mangsa. Para pengguna Facebook dan Twitter dinasihatkan supaya jangan tunjuk e-mel anda kerana hacker boleh hack akaun anda melalui e-mel sahaja! Anda perlu kunci e-mel anda supaya hacker yang sengal itu menangis berguling-guling apabila dia tidak dapat hack akaun anda.
Cara hacker hack melalui e-mel ialah hacker menaip e-mel mangsa pada kotak 'e-mail or phone'. Password? Hacker memang tak usah bimbang tentang password. Hacker akan terus sahaja log-in and then hacker akan tekan button 'forgot your password?' Dari situ, hacker akan menukar e-mel dan password mangsa agar hacker boleh menceroboh masuk ke akaun mangsa dengan mudah. Hacker biasanya bila dapat ceroboh akaun mangsa, dia akan update status yang bukan-bukan yang boleh menyebarkan fitnah. Mangsa pula hanya mampu terkulat-kulat seperti ayam berak kapur kerana akaunnya sudah tidak boleh dibuka lagi.
Jadi, mangsa seharusnya tidak sewenang-wenangnya beri e-mel laman sosial pada orang yang tidak dikenali. Mangsa juga jangan mempunyai musuh kerana hacker ini mungkin musuh anda! Jika anda sudah tahu siapa hacker itu, anda harus mendesaknya supaya bertanggungjawab di atas akaun anda. Paksa dia selagi boleh. Kalau tak, lapor pada polis. Kan senang? Hehehe...
Oh ya, kalau ada segelintir dari awak semua yang memang gatal sangat nak hack akaun orang lain, saya ada cara. Cara ini selamat dan tidak diketahui umum.
1. Log-in akaun Facebook atau Twitter anda.
2. Pergi pada profile mangsa yang anda hendak hack itu.
3. Selepas itu, right-click. Kemudian, pilih 'Print'.
4. Print profile mangsa anda itu sebanyak yang boleh.
5. Lepas tu, anda bolehlah tukar-tukar mana yang anda hendak tukar pada profile mangsa anda tu. Lepas tu, tampallah kat dinding. Kalau boleh, print besar-besar supaya anda puas hati. Kan senang? Taklah menyusahkan mangsa. Orang pun tak tahu kan? Hahahahaha. :D
Moral of the story, janganlah ada musuh. Berhati-hati dan jangan mudah percayakan orang. INGAT! Kunci e-mel anda pada akaun laman sosial anda itu ya!
Assalamualaikum dan berjumpa lagi dalam entri yang akan datang :)
Bye!