Thursday, 8 March 2012

PENGAWAS LAGIKAH ?? WINK WINK :D

Hari demi hari saya menunggu. Setiap minit setiap saat. Why tak dapat-dapat juga? Aisshh!!!

Oh ya, assalamualaikum semua. Sihat? Yahoo, dapat juga saya meringankan jari-jemari saya untuk menulis entri blog saya ni walaupun saya sekarang memang sibuk untuk PMR. Well, ada chance memang saya tak segan-segan untuk menulis. Hehe. :D Serius saya cakap saya penat jadi budak form 3. Sekolah datang pukul 6.40 pagi, balik pula pukul 2.35 petang. Tapi biasanya saya tak balik pukul 2.35 petang. Nak tahu kenapa? KELAS TAMBAHAN punya fasal saya sanggup tak balik rumah dulu untuk makan. Alaa, makan je laa kat Giant kan? Dekat je dengan sekolah. Kokurikulum... Untuk pengetahuan awak semua, sekolah saya telah mengadakan kegiatan kokurikulum pada waktu pagi!!! Haha. Biasanya form 6 je yang koko time waktu pagi ni. Sekarang dari form 1 sampai form 6 kena hadiri koko waktu pagi. Koko hari Rabu. Hari Rabu tu adalah hari yang paling lambat buat pelajar-pelajar SMK Tunku Besar Tampin pulang ke rumah. Pukul 3.45 petang baru boleh balik. Allah sahaja yang tahu betapa penatnya saya ketika itu. Btw, ini semua untuk PMR saya juga kan? Jadi, tak usah merungut. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Am I right? Haha.

Okey, sekarang saya bukan cerita fasal sekolah. Saya nak cerita fasal benda lain. Cuba lihat semula ayat yang saya tulis pada permulaan penulisan blog saya di atas sekali tu. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa hari demi hari menunggu tu? Tunggu apa? Haa... Tunggu perlantikan saya menjadi pengawas laa. Berangan je tak ke mana. Guru disiplin saya Cikgu T maybe tak kenal saya kot. Tu pasallah dia tak kesan saya. Huhu, saya sedar saya tak HOT macam budak-budak lain.

Saya sedar juga saya telah missed sesuatu yang penting iaitu masuk Choral Speaking. Aiyoo!!! Betul-betul sayang dowh! Apasallah saya tak masuk Choral Speaking tu? Sekurang-kurangnya Cikgu T kenallah saya dan senang sikit saya nak mohon jawatan pengawas tu. Saya ni bila terserempak dengan Cikgu T, saya just ucap "Good morning" dan "Good afternoon". Saya tak pernah pun berbual dengan dia sepanjang 3 tahun saya menjadi pelajar SMK Tunku Besar Tampin. Nak tahu sebab apa? Takut punya fasal. Entah laa.

Saya ni ramai jugalah berkawan dengan pengawas. Pengawas sebaya, pengawas senior dan pengawas junior(pengawas form 2). Best doh berkawan dengan diorang. Terasa diri ni macam pengawas betul pula. Haha.

Pengawas ke tak pengawas, setakat ni berangan je lebih... LOL :D Hahahaha :D Mimpi? Mimpi tu pernah. Tersangatlah indah mimpi jadi pengawas tu. Haii... Bilalah ianya akan menjadi realiti? Siang malam berdoa supaya hasrat saya dikabulkan oleh Allah SWT.

Hari ni tak naklah cerita panjang. Just luahkan perasaan je. Hehe. Kbye :)


Harap-harap impian saya tercapai Insya-Allah. Credit by Google htm.

No comments:

Post a Comment