Assalamualaikum...
Apa khabar? Berjumpa lagi di laman blogger ini. Sudah lama tidak update. Sibuk dengan novel PENGAWAS VS PRS saya itu. Saya juga busy dengan persiapan PMR saya. Tahun ini juga saya telah turut serta di dalam pertandingan kawad kaki.
Btw, hari Jumaat kelmarin betul2 buat saya takut!
Hendak tahu mengapa? Haa, mari sini saya ceritakan.
Begini, saya telah diamanahkan oleh ketua kelas saya untuk menjaga buku kawalan kelas. Penolong pula jaga pas keluar manakala dia jaga marker pen. Okey, antara jaga marker pen, jaga pas keluar dan jaga buku kawalan kelas yang boleh tahan besarnya tu.. Mana satu lebih susah dijaga? Tentulah buku kawalan kelas yang boleh buat saya sakit tangan memegangnya bukan? Tapi saya okey je jaga buku kawalan tu. Rasa diri ni macam penolong pulak! WEEE :D
Tiap2 hari sayalah yang kena menulis nama guru, minta tanda tangan dan macam2 lagi. Pendek kata, saya ni lebih kurang macam setiausaha laa. Seronok juga buat kerja ini. Yalah, saya tahun ni tak jadi pengawas. Maybe tahun depan. Biarlah saya mendapat pengalaman menjadi setiausaha dahulu :)
Saya jaga buku kawalan tu hampir 3 bulan. Tak pernah pun ada masalah dan ketua pun puas hati dengan kerja saya. Saya pula sudah semakin suka menjaga buku kawalan tu.
Masuk bulan 4 ni, saya tiba-tiba je CARELESS. Nak tahu mengapa saya kata diri saya ini CARELESS? Okey, saya mendapat satu pengajaran berdasarkan saya punya CARELESS.
Hari Jumaat kelmarin, saya baru balik dari projek kerja kayu di bengkel Kemahiran Hidup. Saya bawa sekali buku kawalan itu ke kantin. Sesudah sampai di kantin, saya terus membeli kuih. Sesudah membeli kuih, saya terserempak dengan kawan saya. Saya pun berbuallah dengannya. Saya meletakkan buku kawalan itu di atas meja. Saya ingat saya ni orang yang CAREMORE sangat laa boleh teringat nak bawa balik buku tu bila dah selesai sesi bual2 dengan rakan saya tu. Haha. Rupa-rupanya saya ni CARELESS. Bukan CAREMORE tapi CARELESS. Dah bunyi loceng, saya terus je naik kelas. Buku kawalan tu saya tak bawa. Masa Sejarah baru saya perasan yang buku tu takde dengan saya. Peluh sejuk mula mengalir di dahi saya. Gelisah tak tentu fasal hingga apa yang guru Sejarah saya, Cikgu Zailiah ajar pun tidak masuk di dalam kepala otak saya. Saya tidak duduk diam. Kerusi saya diherot-herotkan, kaki saya dihentak-hentakkan. Mulut saya menggeletar. Yalah, jika ketua tingkatan tahu yang buku kawalan tu tertinggal di kantin, memang habislah saya kena bebel :( Selepas waktu Sejarah, cikgu lain pula masuk. Saya mengeluh. Hendak keluar, pas keluar tak ada pula. Alah! Masa ni pulalah penolong tak dtg! Cikgu tu pula tak bagi saya keluar. Rasa hendak menangis pula! Saya betul-betul harap yg buku kawalan tu masih setia di kantin. So, saya terpaksa tunggu hingga loceng bunyi.
Bila loceng bunyi, saya terus berlari lagak seorang pelari pecut menuju ke kantin. Tengok2 takde buku kawalan tu. Rasa nak pengsan saya masa tu! So, dengan lemah-longlai saya menuju ke kelas semula. Sesampai di kelas, guru lain pula sudah masuk. Ayoo... Guru tu guru relief kelas saya dan dia agak garang! Masa tu pulak laa dia mintak nak sain buku kawalan. Ayoo! DUP DAP DUP DAP!
"MANA BUKU KAWALAN KELAS?" Ketua tingkatan mulanya menunjukkan isyarat di mana buku kawalan itu. Saya pula terpaksa berpura-pura tidak tahu apa-apa. UHUK! :( Maafkan saya!
Dan masa tu jugaklah seorang pelajar yang baik hati datang membantu. Dia tolong mengembalikan buku kawalan tu. Mungkin dia terjumpa di kantin dan kembalikan semula. Saya mengucapkan terima kasih pada pelajar itu! Kalau tak, saya mesti kena marah dengan ketua tingkatan. TERIMA KASIH TERIMA TERIMA KASIH YA ALLAH!!!
Moral of the story, jangan laa jadi budak CARELESS. Bila CARELESS, pasti akan menyusahkan diri sendiri. Kalau buku kawalan tu hilang, saya yg kena bertanggungjawab. Bukan ketua atau penolong sebab buku tu tugas saya untuk menjaganya. Saya janji takkan jadi budak CARELESS lagi dan saya akan lebih berhati-hati :)
Saturday, 7 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment