Hai, apa khabar? Hari ni saya dapat juga update blog saya yang telah diceriakan oleh Ainaa Ramzani ini.
Btw, saya sekarang agak busy dengan persediaan PMR, novel, folio BM,SEJARAH, GEO dan kawad kaki.
Okey, jika dilihat betul-betul badan saya sudah penat! Ohhhh!!!
Novel Ketua Platun Paling Terbaik saya sudah mulakan. Baru sampai bab 1 sahaja. Jumaat ni saya free. So, saya boleh menulis dengan begitu gembira sekali tanpa gangguan kebisingan yang melampau-lampau. Nak buat novel ni, suasana kenalah tenang dan tenteram. If bising sangat, hilang konsentrasi saya dan semangat saya untuk menulis kian pudar. Oleh itu, tolong senyap semasa saya menulis! OKEY?
Haha. Novel yang saya nak hasilkan ni memang agak susah juga kerana ianya berkaitan dengan kawad. Saya pun dah lupa sikit kawad dinamik tu. Asas dan formasi saya masih ingat tapi dinamik saya sudah lupa. Tak apa. Nanti Raihan akan ingatkan cara-caranya semula.
Okey, Raihan dah baca dah entri blog saya yang saya tulis minggu lepas tu. Dia agak gembira jugalah. Yalah, siapa yang tak suka bila watak masuk dalam novel? Haha. :D Raihan hari ini sihat-sihat sahaja.
Oh, saya tulis novel ni bukannya sorang-sorang. Ada seorang rakan seperjuangan saya yang bernama Faridzuan telah rela hati untuk menjadi penulis duet saya. Sinopsis saya dah bagi. Cuma nak bahagi-bahagikan tugas sahaja. Watak dan perwatakan saya masih belum beri pada dia. Yang dia tahu watak utamanya cuma Raihan sahaja. Yang lain-lain dia belum tahu. Jumaat ni kami akan bahagi-bahagikan tugas menulis. Saya akan beri watak dan perwatakan kepada Faridzuan supaya lebih mudah dia menulis :D
Okey, itu sahaja. Tak banyak cerita yang nak diceritakan hari ni. Kbye :)
Oh, album Justin Bieber akan keluar pada 19 Jun ini iaitu sehari selepas hari jadi saya :) Haha. Excited nih!
Kbye. Nak sambung tulis novel.
No comments:
Post a Comment