Fuhh... Penat betul laa tadi. Akhirnya, pertandingan kawad sudah selesai. Agak lega tapi agak kecewa kerana hanya mendapat saguhati sahaja. Tidak mengapalah. Lain kali boleh cuba lagi. Nanti saya suruh ketua platun pasukan kawad kaki Pandu Puteri iaitu Siti Nuraihan binti Rosli buat kawad ala-ala dance K-POP pula. Hehe. :D
Oh, bercakap fasal Siti Nuraihan ni, saya ada pernah mention nama dia di dalam entri "Kawad Kaki dan Tarian K-Pop, mana lebih susah?" Okey, disebabkan dia saya sudah dapat ilham baru untuk novel yang saya hendak hasilkan lagi selepas ini. :)
Tajuknya ada di atas, iaitu Ketua Platun Terbaik. Selepas novel Pengawas VS PRS yang saya masukkan watak-watak budak form 2, kali ini saya hendak buat novel fasal budak sebaya saya pula. Amacam???
Haa... Kali ini Siti Nuraihan yang menjadi 'mangsa' untuk watak di dalam novel ni. Hehe. Oh, hampir saya terlupa. Saya cuma memanggilnya Raihan sahaja. So, dalam entri ni pun saya nak panggil Raihan jugalah :D Sangat comel nama tu. Sama dengan orangnya juga. :)
Raihan ni kelas 3 Arif. Saya hormat dia kerana dia berpendirian tinggi walaupun saya lebih tua dari dia(dia lahir bulan 9, saya pula lahir bulan 6).
Saya memilih dia sebagai watak utama di dalam novel ini sebab dia memang sesuai. Apa yang sesuai? Saya pun tak tahu. Haha.
Plot saya sudah susun sedikit demi sedikit. Saya dapat idea nak buat novel fasal dia semasa saya sedang berehat di bawah pokok sementara menunggu latihan kawad kaki akan bermula. Masa tu dia kat dalam surau kot.
By the way, novel yang saya nak hasilkan ni berkisar tentang pasukan Pandu Puteri SMK Tunku Besar Tampin yang akan menyertai pertandingan kawad kaki peringkat negeri yang diadakan di SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi, Selangor. Saya pilih sekolah sana sebab sekolah SMKTBT dan SMKJ4 adalah sekolah yang berprestasi tinggi. Jadi, kedua-dua sekolah ini mempunyai saingan yang begitu sengit jugalah.
Raihan, watak utama di dalam novel ini memang memainkan peranan penting kerana dia juga adalah ketua platun kawad kaki di dalam novel ini :) Tapi saya ada buat satu kelainan sikit tentang diri dia. Saya buat watak Raihan ni adalah orang yang tidak tahu apa-apa tentang kawad. Haha. Tapi dalam realiti dia memang terer kawad. Sengaja saya beri kelainan sikit.
Okey, ini sinopsis ringkasnya :) Baca ya.
Siti Nuraihan adalah murid paling pintar di kelasnya. Setiap matapelajaran dia dapat kuasai dengan baik. Nama ringkasnya adalah Raihan. Dia ini memang bagus. IQnya memang cukup tinggi. Walaubagaimanapun, Raihan mempunyai satu kelemahan iaitu dia tidak pandai membimbing dan memimpin. Oleh kerana itulah dia tidak pernah memegang jawatan seperti pengawas, ketua kelas, penolong kelas dan lain-lain lagi.
Raihan juga merupakan ahli Pandu Puteri. Tapi Raihan memang pasif. Aktiviti-aktiviti yang pasukan Pandu Puteri adakan Raihan langsung tidak pernah turut serta. Raihan cuma selamba sahaja. Yang dia fikir hanya belajar hinggakan rakan-rakan sekelasnya menggelarnya 'RBB'(Raihan Budak Blur). Namun, Raihan tidak kisah akan semua itu. Menurut personalitinya, Raihan adalah jenis budak yang suka bergurau dan peramah. Sebab itulah dia ramai kawan walaupun dia pasif hinggalah pada suatu hari pasukan Pandu Puteri sekolahnya ingin menyertai pertandingan kawad kaki peringkat negeri di SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Seperti biasa, Raihan hanya selamba sahaja dan tidak berminat untuk menyertai pertandingan itu. Namun, Cikgu Mastura iaitu guru Pandu Puteri telah memilih Raihan untuk menjadi ketua platun kawad kaki. "HAH? SAYAKAH?? ALAMAK!!!" <--- Begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Raihan sewaktu mendengar keputusan Cikgu Mastura itu. Vokal suaranya dilantun secara besar-besaran akibat fenomena terkejut yang terlampau amat.
Kebiasaannya rakan-rakan rapatnya iaitu Amiera, Azmina atau Malisa sahaja yang menjadi ketua platun setiap tahun. Mengapa pula kini Raihan dipilih? Amiera, Azmina dan Malisa mendesak Raihan untuk menjadi ketua platun walaupun telah berkali-kali Raihan merayu untuk menarik diri.
Akhirnya, Raihan terpaksa menjadi ketua platun. Kebanyakannya yang menyertai kawad kaki itu adalah junior-junior yang suka mengusik orang! Aduh, Raihan sudah mula pening. Lebih malang lagi, tidak ada guru yang hendak mengajar mereka kawad. Jadi, Raihan terpaksa melatih mereka dengan berpandukan buku panduan yang diberi oleh Malisa. Raihan tidak tahu apa-apa pun tentang kawad. Amiera, Azmina dan Malisa sengaja mendesak Raihan supaya menjadi ketua platun supaya Raihan tidak menjadi pelajar yang pasif dari segi kokurikulum. Jadi, banyak rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh Raihan sepanjang melatih anak-anak buahnya. Yalah, orang yang tidak berpengalaman tentang kawad bolehkah melatih orang lain? Dua bulan sahaja lagi, pertandingan itu akan berlangsung. Masa yang terlalu singkat bagi Raihan untuk berlatih dan melatih.
So, mampukah pasukan Pandu Puteri SMK Tunku Besar Tampin dapat menewaskan pasukan Pandu Puteri negeri Selangor terutamanya pasukan Pandu Puteri SMK Jalan 4 yang sememangnya hebat-hebat belaka itu? Mampukah Raihan dan anak-anak buahnya menunjukkan persembahan yang terbaik di sana nanti? Adakah Raihan akan mendapat gelaran Ketua Platun Paling Terbaik?Tungguuuu......
Searching by Google html.
No comments:
Post a Comment