Friday, 11 May 2012

Oh Why...? :(

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Anda semua sihat? Alhamdullilah... Ceria tak hari ni? Baguslsh kalau anda semua ceria.

Saya? Oh... Hari ni saya tak berapa ceria sebab ada seorang kawan saya tu tiba-tiba sahaja tarik muka dengan saya. Dan pagi tadi pun begitu juga. Dia buat tak tahu je bila jumpa saya. Saya rasa pelik+kecewa bila dia tiba-tiba je berubah macam tu. Apa kena dengan dia ini? Ada masalahkah?

Saya perasan dia berubah jadi macam tu sejak bulan 4. Pada mulanya, dia macam nak tak nak je layan saya. Saya tanya sepuluh patah, sepatah je dia jawab. Biasanya kalau kami berborak, mesti ada sahaja perkara yang kami bualkan. Tapi everything is change now. She's change completely :(

Lama-kelamaan dia langsung tak tegur saya. Bila terserempak, dia buat tak tahu je. Pandang muka saya pun tidak apatah lagi tegur kan? Pada mulanya saya tidak kisah kerana saya fikir mungkin dia tak perasan saya lalu depan dia tapi sekarang baru saya sedar yang dia betul-betul dah tak tegur saya bila jumpa!

Well... Tipulah kalau saya kata saya tak pelik bila tiba-tiba je buat macam tu kat saya. Saya juga sedar yang dia cuba mengelak dari bertembung dengan saya. Tapi bila tak sengaja berselisih dia buat tak tahu je. Saya pulak tak berani nak tegur dia sebab ekspresi wajah dia tu lain macam je laa. Karang bila saya tegur tiba-tiba je dia tengking saya bagaimana? HUH! :(

Well... Sekarang ni dah nak masuk seminggu kitorang tak bertegur sapa. Nak kata jarang jumpa kat sekolah tu takdelah sebab memang tiap-tiap hari saya terserempak dengan dia. Saya rasa agak kecewa jugalah... :(

Bila dia buat perangai macam tu, saya mula rasa dia ni ada problem yang sangat besar dan dia tak nak luahkan pada siapa-siapa. Kfine. Saya tak kisah kalau dia ni suka berahsia tapi janganlah terlampau pula hingga dengan kawan pun tak nak tegur. Huhu. Tak bestlah macam ni.....

Masa kat makmal Sains, saya tiba-tiba terfikir yang mungkin saya ada buat salah kat dia. K, tu kemungkinan kedua. But..... Apa salah saya hah? Haiiii.... Pening kepala fikir. Nasib baiklah masa kat makmal Sains tu Mr. Goh keluar sebentar pergi ke bilik peperiksaan. Sepanjang saya berkawan dengan dia tak pernah jadi macam ni. Errhh... Kepala semakin berserabut lah!!!

Krilek Riesya... Rilek.... Don't be like this. Akhirnya, suatu hari saya tanya kawan saya. Saya tanya, "Kau ada seorang kawan rapat. Kau memang rapat gila ah dengan dia. Dan suatu hari dia tiba-tiba je macam jauhkan diri dari kau. Apa kau akan buat?"

Saya tak tanya perkara sebenar sebab... erm? Entahlah... Btw, dia jawab "Kfine. Aku akan terus je tegur dia sampai dia layan aku. Itu je. Senang kan?"

Errkk! Itu je ke? Tidak adakah cara lain? Nanti kalau saya terus je tegur dia, nanti dia fikir lain pulak. Tapi cara dia tu ada betulnya jugak. Saya masih belum guna cara tu sebab saya ni tak berani. Btw, saya masih pelik, pelik dan pelik! Masa KH tadi pun sama. Dia buat tak tahu je... Hati mana tak terasa kalau kawan sendiri buat macam tu? Saya cuma mampu mengetap bibir. Uh! Saya sedang sebak. Sila percaya ya...:(



Selepas tu saya tanya kawan saya yang lain pula. Dia cakap, "Alaahh... No need to think about her. Awak buat tak tahu jelah. Nanti lama-lama mesti dia sedar."

K, jawapan yang sangat random. Saya pun tak tahu nak buat apa sekarang :( Terus tegur dia atau buat tak tahu je. Saya faham manusia boleh berubah dalam sekelip mata je tanpa kita jangka.

Kemudian saya tanya pula pada seorang pengawas kembar ni. Namanya Atika. Kakak kembarnya pula Amira. Kebetulan, Atika jaga gril tangga antara Blok A dan Blok B. Amira pula jaga kelas tingkatan 2 Arif dan 2 Bestari. Diorang ni memang baik gila dengan saya :) Best kawan dengan diorang :D

Gril tangga antara Blok A dan Blok B tu dekat je dengan kelas saya. So, saya berkesempatan hendak berbual dengan Atika. Saya tanya laa dia kenapa dengan kawan saya yang tarik muka dengan saya tu(Oh, yang tarik muka dengan saya tu juga ialah seorang pengawas sekolah okey?)

Dia cakap, "Dia tu memang macam tu laa kak. Selalu je moody. Kadang-kadang masa dia datang sekolah, muka dia macam nak nangis je. Ada masa tu dia merungut apa benda tah and then tiba-tiba je dia menangis. Lepas tu kan kak, dia tu selalu ambil ubat banyak-banyak."

What? Apa ke heh ni? Ambil ubat banyak-banyak? Meremang bulu roma saya bila dengar Atika cakap macam tu? Tidak tahukah dia yang pengambilan ubat yang terlalu banyak boleh membahayakan kesihatan? Ayoooo!!! Apa masalah awak ini? Haisshhh!

Saya semakin risau, risau dan risau. Bahaya tu beb! Lepas tu Atika cakap dengan saya,"Dia tu suka berahsia. Ada masalah tapi tak nak luahkan. Tu pasallah dia jadi macam tu." Ooo... No wonder laa.

Patutlah! Ok,  mungkin apa yang Atika cakap tu betul. Tapi belum sahih lagi laa. Kfine. Saya harus bertindak. Tapi nak bertindak macam mana nih? Aduhhh! 

Okey, sampai sini sahaja. Nanti ada masa, saya update lagi. Cuma ada beberapa perkara saya nak pesan kat dia.

1. Kalau ada masalah, jangan segan-segan luahkan kat teman-teman termasuk saya.
2. Kalau ada masalah kat rumah, jangan bawa ianya kat sekolah. Ini boleh menyebabkan awak tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran.
3. Jangan jadikan teman-teman awak sebagai mangsa lepas geram awak.
4. Jangan ambil ubat dengan dos yang berlebihan. Jika rasa tension, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya keluar dengan perlahan-lahan.
5. Selain tu, jika rasa stres sangat, pakai wangi-wangian. Banyak-banyak pun takpe asalkan boleh meringankan stres awak tu. Percayalah, walau keadaan awak sekalipun, awak akan sentiasa senyum :)
6. Bukan tu je, ambil wuduk juga boleh meringankan stres.
7. Awak boleh jumpa guru kaunseling jika awak ada masalah besar.
8. Menjerit sekuat hati awak kalau awak rasa stres.
9. Menangis pun boleh hilangkan rasa stres.
10. Lagi satu, belajar rajin-rajin. Ingat teman-teman awak yang sentiasa di sekeliling awak.

Sekiranya saya ada buat salah, saya minta maaf banyak-banyak pada awak.

Btw, awak tetap sahabat baik saya dan tak lupa juga pada Amira, Atika serta rakan-rakan lain :D <3 Sayang korang sangat-sangat.



No comments:

Post a Comment