Friday, 2 March 2012

PENGAWAS OH PENGAWAS :) Part 2

Hai, bloggers!!!

Saya sudah berjanji akan menceritakan tentang Pengawas OH Pengawas Part 2 kan? Haa... Ini dia Part 2 nya. Harap baca dengan gembira.

Well, secara jujurnya saya mengaku sepanjang 15 tahun saya berada di sekolah, saya tak pernah menjadi pengawas. Serius laa saya cakap. Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya cikgu langsung tak nak lantik saya jadi pengawas. LOL :P Haahahaha :D Form 1, form 2 sampai saya form 3! Langsung tak ada cikgu offer jadi pengawas. Sometimes saya rasa terkilan juga. Hiewhiew. Setakat ni masih berangan - angan. So, saya dah plan satu cadangan, selepas PMR nanti saya ingat nak mohon jawatan pengawas ni. Tiada siapa boleh halang saya! HHAHAHAHAHA :D Erm... Okeylah tu kan? Sekurang-kurangnya dapatlah jadi pengawas untuk 2 tahun je, form 4 and form 5.

Jadi pengawas ni senang je sebenarnya. Ikut je apa cikgu suruh. Confirm tak jadi apa-apa. Kalau 10 kali tak buat keje, gerenti kena buang pengawas. Tapi biasanya kan, orang yang baru first time jadi pengawas ni mesti nervous tak tentu pasal kan??? Biasalah tu. Normal je. Lama-lama okeylah tu.

Tapi ada juga orang yang first time jadi pengawas, dia punya gila kuasa...Mak aihh!!! Maki hamuun orang sesuka hati je. Saya tak nak ah jadi macam tu.


Ini adalah contoh gambar pengawas yang saya cari di kotak carian Google. Thanks Google. Kalau awak tak ada, takkanlah dapat saya ambil gambar ini.

Pengawas di sekolah saya sebenarnya memakai baju berwarna hijau muda. Tapi gambarnya susah sikit nak dapat. Btw, biarlah :)

Time ni watikah perlantikan pengawas. Sekolah saya pun ada buat minggu lepas. Aiyoo... Cemburu betul saya masa tu. Hai... Bilalah uniform putih saya akan bertukar menjadi uniform berwarna hijau muda? Bilalah kain yang berwarna biru ini akan bertukar kepada kain yang berwarna putih? Kasut hitam? Yang itu no hal sebab saya dah lama beli. Saya memakainya di sekolah setiap hari Rabu dan Jumaat. Dan bilalah saya akan dapat memakai blazer pengawas yang berwarna hijau pekat yang vouk itu? Hehe...

Oh ya, jika anda berasa hendak muntah apabila membaca entri blog ini, silalah muntah dengan sopan-santun ya. Angan-angan saya bukan je tinggi. Saya sedang berusaha mencapainya. Saya cakap awal-awal sebab mana tahu ada mulut-mulut gatal yang mengejek saya.

Okey, saya rasa itu sahaja saya nak cerita pasal pengawas ni. Tapi sebelum tu, saya nak cakap sesuatu. Jika saya menjadi pengawas, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya setakat mana yang saya mampu. Saya tak akan mensia-siakannya. Insya-Allah.

Okey, bye bloggers :)

No comments:

Post a Comment