Tuesday, 15 May 2012

Hari Ini Saya Sangat Moody!!!

Arrgghh!!! Stres, stres dan stres gila hari ini!!
Arrggghhh!!!

Oh, assalamualaikum semua. Apa khabar? Mesti ada antara awak semua yang berkerut-kerut kening apabila membaca permulaan ayat saya tadi. Ya, saya memang stres. Stres dan sedih hingga manik kaca pun sudah timbul di kelopak mata.

Kenyataannya saya ni jarang mengalami fenomena stres tapi saya hari ni memang saya betul-betul stres. Okey, jika stres mesti ada sebab kan? Saya memang ada sebab! Sebab apa? Baca entri "Oh... Why" dahulu baru anda akan faham mengapa saya stres.

Okey, kawan saya yang tarik muka dengan saya tanpa sebab yang munasabah masih lagi berkelakuan seperti begitu. Jumpa sahaja tidak bertegur sapa, jumpa sahaja tidak bertegur sapa. Entahlah apa masalah dia. Sehari suntuk saya fikir apa sebab yang munasabah hingga dia melakukan perubahan drastik terhadap saya.

Disebabkan saya terlampau berfikir, saya termimpi-mimpi tentang dia semasa tidur tahu tidak? Ish ish ish....

Dia tidak rasa bersalahkah buat saya begini?:( Okey, sejak dia buat perangai, ada banyak kesan berlaku pada saya. Mengapa setiap kali guru sedang mengajar di papan putih, wajah dia tiba-tiba sahaja menjelma di papan putih itu? Sekaligus tumpuan saya terganggu dan kembali gusar. Mengapa setiap kali saya meletakkan kepala saya di atas meja, suara comel dia bergema-gema di sekitar telinga saya. Mengapa bayangan dia selalu sahaja muncul? Aduh! Tiba-tiba pula teringat moment-moment masa tahun lepas. Masa itu, kami amat rapat dan tidak ada salah faham. Tapi sekarang.... Uhuk!(sebak).

Disebabkan itulah saya tiba-tiba jadi budak moody. Di sekolah tadi pun sama.... Pagi-pagi lagi saya sudah buat muka ketat. Saya malas hendak berbual dengan rakan-rakan sekelas saya. Wajah saya serius seperti ketua pengawas(ecewah). Namun, tiada seorang pun yang perasan saya bad mood masa tu.

Saya dapat menumpukan perhatian ketika guru mengajar semasa pagi sahaja. Tapi bila dah masuk tengah hari, tumpuan saya terganggu sebab bayang kawan saya tu tiba-tiba sahaja muncul. Dia muncul sambil tersenyum ke arah saya. Dan yang lagi pelik.... dia siap tanya lagi "Buku kawalan kelas mana?" Kay, agak kelakar tapi ni serius. Bukan main-main...

Selalunya perkara tu tak berlaku tapi sejak dia tarik muka dengan saya, entahlah. Kesannya terkena pada saya pula. Memang pelik.

Waktu Matematik? Hmmhh... Lagilah saya blur. Apa yang guru Matematik ajar di kelas saya tadi satu apa pun tak masuk kat otak saya ni. Saya bad mood dan stres gila masa tu.

Yang buat saya bengang masa saya telah disuruh menjawab soalan Matematik. Ada seorang rakan sekelas saya tu sengaja jerit nama saya kuat-kuat supaya cikgu dengar dan cikgu terfikir nak suruh saya jawab soalan tu. Eeeee!!! Dahlah saya tengah moody, boleh pulak dia buat macam ni? Tak guna!!!

Saya bukan marah dengan cikgu Matematik saya tu. Saya marah pada rakan sekelas saya yang sengaja jerit nama saya kuat-kuat tu. Masakan tidak, sudahlah saya tak pay attention masa tu. Bila saya tak dapat jawab, hah... Mulalah mereka mengetawakan saya dan mengejek saya... Tak fasal-fasal kena berdiri hingga waktu habis. Malu+marah ketika tu. Rasa hendak sahaja beri penyepak saya pada budak yang sengaja jerit nama saya kuat-kuat tu. Itulah kesan atau lebih senang, 'effect' yang terjadi pada diri saya sejak kawan saya yang tarik muka tu dengan saya.


Kenapa? Ada yang sudah takut akan effect-effect ni? Percayalah, jika ianya berlaku pada anda semua, anda juga akan mengalami perkara yang sama iaitu effect-effect yang saya sebutkan tadi tu. Mungkin ia agak ambil masa untuk pulih. Biasanya effect-effect ni berlaku pada orang yang rapat dengan seseorang tu sahaja. Mungkin selagi kawan saya tu tak cerita perkara sebenar, selagi tu bayang dia akan menjelma di hadapan saya setiap waktu tengah hari di kelas. 

Tapi saya tak nak perkara tu terus sahaja berlaku!! Ohhh!!! Ya Allah, moga-moga Engkau berikanlah petunjuk kepadaku dan eratkanlah silaturahim kami semula Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Jika aku ada buat salah kepadanya, bukakanlah pintu hatinya supaya memaafkanku. 

Manusia memang boleh berubah dalam sekelip mata tanpa kita jangka. Bila saya baca puisi berkisar tentang persahabatan yang telah putus, dada saya terasa sebak. Saya sekarang dah rasa janggal bila jumpa kawan saya tu. Kenapa? Haa.. Anda semua boleh agak.

Okey, sampai sini dahulu. Esok Hari Guru. Esok juga saya harus ceria. Tidak boleh buat muka ketat sahaja. Ya, mungkin untuk esok sahaja saya ceria. Lain hari pula mungkin saya akan 'moody' semula.

Kbye... Assalamualaikum... Uhuk!

2 comments:

  1. follow blog saya :D
    http://anapoppop.blogspot.com

    guna lah tutorial saya :3
    http://anapoppop.blogspot.com/p/tutorial.html

    ReplyDelete