Thursday, 8 March 2012

PENGAWAS LAGIKAH ?? WINK WINK :D

Hari demi hari saya menunggu. Setiap minit setiap saat. Why tak dapat-dapat juga? Aisshh!!!

Oh ya, assalamualaikum semua. Sihat? Yahoo, dapat juga saya meringankan jari-jemari saya untuk menulis entri blog saya ni walaupun saya sekarang memang sibuk untuk PMR. Well, ada chance memang saya tak segan-segan untuk menulis. Hehe. :D Serius saya cakap saya penat jadi budak form 3. Sekolah datang pukul 6.40 pagi, balik pula pukul 2.35 petang. Tapi biasanya saya tak balik pukul 2.35 petang. Nak tahu kenapa? KELAS TAMBAHAN punya fasal saya sanggup tak balik rumah dulu untuk makan. Alaa, makan je laa kat Giant kan? Dekat je dengan sekolah. Kokurikulum... Untuk pengetahuan awak semua, sekolah saya telah mengadakan kegiatan kokurikulum pada waktu pagi!!! Haha. Biasanya form 6 je yang koko time waktu pagi ni. Sekarang dari form 1 sampai form 6 kena hadiri koko waktu pagi. Koko hari Rabu. Hari Rabu tu adalah hari yang paling lambat buat pelajar-pelajar SMK Tunku Besar Tampin pulang ke rumah. Pukul 3.45 petang baru boleh balik. Allah sahaja yang tahu betapa penatnya saya ketika itu. Btw, ini semua untuk PMR saya juga kan? Jadi, tak usah merungut. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Am I right? Haha.

Okey, sekarang saya bukan cerita fasal sekolah. Saya nak cerita fasal benda lain. Cuba lihat semula ayat yang saya tulis pada permulaan penulisan blog saya di atas sekali tu. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Apa hari demi hari menunggu tu? Tunggu apa? Haa... Tunggu perlantikan saya menjadi pengawas laa. Berangan je tak ke mana. Guru disiplin saya Cikgu T maybe tak kenal saya kot. Tu pasallah dia tak kesan saya. Huhu, saya sedar saya tak HOT macam budak-budak lain.

Saya sedar juga saya telah missed sesuatu yang penting iaitu masuk Choral Speaking. Aiyoo!!! Betul-betul sayang dowh! Apasallah saya tak masuk Choral Speaking tu? Sekurang-kurangnya Cikgu T kenallah saya dan senang sikit saya nak mohon jawatan pengawas tu. Saya ni bila terserempak dengan Cikgu T, saya just ucap "Good morning" dan "Good afternoon". Saya tak pernah pun berbual dengan dia sepanjang 3 tahun saya menjadi pelajar SMK Tunku Besar Tampin. Nak tahu sebab apa? Takut punya fasal. Entah laa.

Saya ni ramai jugalah berkawan dengan pengawas. Pengawas sebaya, pengawas senior dan pengawas junior(pengawas form 2). Best doh berkawan dengan diorang. Terasa diri ni macam pengawas betul pula. Haha.

Pengawas ke tak pengawas, setakat ni berangan je lebih... LOL :D Hahahaha :D Mimpi? Mimpi tu pernah. Tersangatlah indah mimpi jadi pengawas tu. Haii... Bilalah ianya akan menjadi realiti? Siang malam berdoa supaya hasrat saya dikabulkan oleh Allah SWT.

Hari ni tak naklah cerita panjang. Just luahkan perasaan je. Hehe. Kbye :)


Harap-harap impian saya tercapai Insya-Allah. Credit by Google htm.

Friday, 2 March 2012

PENGAWAS OH PENGAWAS :) Part 2

Hai, bloggers!!!

Saya sudah berjanji akan menceritakan tentang Pengawas OH Pengawas Part 2 kan? Haa... Ini dia Part 2 nya. Harap baca dengan gembira.

Well, secara jujurnya saya mengaku sepanjang 15 tahun saya berada di sekolah, saya tak pernah menjadi pengawas. Serius laa saya cakap. Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya cikgu langsung tak nak lantik saya jadi pengawas. LOL :P Haahahaha :D Form 1, form 2 sampai saya form 3! Langsung tak ada cikgu offer jadi pengawas. Sometimes saya rasa terkilan juga. Hiewhiew. Setakat ni masih berangan - angan. So, saya dah plan satu cadangan, selepas PMR nanti saya ingat nak mohon jawatan pengawas ni. Tiada siapa boleh halang saya! HHAHAHAHAHA :D Erm... Okeylah tu kan? Sekurang-kurangnya dapatlah jadi pengawas untuk 2 tahun je, form 4 and form 5.

Jadi pengawas ni senang je sebenarnya. Ikut je apa cikgu suruh. Confirm tak jadi apa-apa. Kalau 10 kali tak buat keje, gerenti kena buang pengawas. Tapi biasanya kan, orang yang baru first time jadi pengawas ni mesti nervous tak tentu pasal kan??? Biasalah tu. Normal je. Lama-lama okeylah tu.

Tapi ada juga orang yang first time jadi pengawas, dia punya gila kuasa...Mak aihh!!! Maki hamuun orang sesuka hati je. Saya tak nak ah jadi macam tu.


Ini adalah contoh gambar pengawas yang saya cari di kotak carian Google. Thanks Google. Kalau awak tak ada, takkanlah dapat saya ambil gambar ini.

Pengawas di sekolah saya sebenarnya memakai baju berwarna hijau muda. Tapi gambarnya susah sikit nak dapat. Btw, biarlah :)

Time ni watikah perlantikan pengawas. Sekolah saya pun ada buat minggu lepas. Aiyoo... Cemburu betul saya masa tu. Hai... Bilalah uniform putih saya akan bertukar menjadi uniform berwarna hijau muda? Bilalah kain yang berwarna biru ini akan bertukar kepada kain yang berwarna putih? Kasut hitam? Yang itu no hal sebab saya dah lama beli. Saya memakainya di sekolah setiap hari Rabu dan Jumaat. Dan bilalah saya akan dapat memakai blazer pengawas yang berwarna hijau pekat yang vouk itu? Hehe...

Oh ya, jika anda berasa hendak muntah apabila membaca entri blog ini, silalah muntah dengan sopan-santun ya. Angan-angan saya bukan je tinggi. Saya sedang berusaha mencapainya. Saya cakap awal-awal sebab mana tahu ada mulut-mulut gatal yang mengejek saya.

Okey, saya rasa itu sahaja saya nak cerita pasal pengawas ni. Tapi sebelum tu, saya nak cakap sesuatu. Jika saya menjadi pengawas, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya setakat mana yang saya mampu. Saya tak akan mensia-siakannya. Insya-Allah.

Okey, bye bloggers :)

Thursday, 1 March 2012

PENGAWAS OH PENGAWAS :) Part 1

ASSALAMUALAIKUM :)

Sudah lama saya tidak update blog. Rasa bertuah sebab baru hari ini saya membuka blog saya. Hari ini saya hendak bercerita tentang pengawas sekolah, jawatan yang sudah lama saya idam-idamkan.

Pernah dengar perkataan "pengawas sekolah"? Ya, setiap orang pasti pernah mendengarnya. Pengawas sekolah ialah errmm... Saya sendiri pun tak tahu nak describe apa dia. Btw, biarlah. Yang pastinya pengawas sekolah ni ditugaskan mengawasi tingkah - laku pelajar di sekolah. Apabila mereka mengatahui ada pelajar lain yang melanggar disiplin sekolah, mereka akan tegur. Haa... Kalau orang tu degil juga, just report je kat cikgu. Biar cikgu hentam sama dia!! Hahahaha!!!

Jadi pengawas ni sebenarnya seronok tau. Cuma sesetengahnya je yang anti sangat dengan pengawas. Saya kadang-kadang pun pelik. Saya difahamkan orang yang anti sangat dengan pengawas ni ialah orang yang selalu melanggar disiplin sekolah. Orang macam tu memang tak layaklah jadi pengawas. Saya yang duduk kelas ke-5 je ni pun bukan main respect dengan pengawas. Saya minat menjadi pengawas sejak form 1 lagi. Cuma tak pernah pun luahkan kat siapa-siapa kecuali Cikgu Zaimah dan Cikgu Rafidah, guru favourite saya :) Mereka cakap saya ada kelayakan menjadi pengawas. Mereka memberi motivasi yang baik pada saya. Dan ini menyebabkan saya bertambah bersemangat untuk menjadi pengawas.Saya ni sebenarnya tak mudah mengalah dengan orang lain. Orang kutuk saya, saya kutuklah orang tu balik. Hahahahaha! :D.

Ada orang tanya,"Eh, asal ko minat sangat jadi pengawas?". Hahahaha, soalan yang terlalu formal bagi diri saya. Senang je saya jawab,"Sebab pertama, menjadi pengawas ni boleh melatih diri menjadi lebih berdisiplin. Sebab kedua, menjadi pengawas ni seronok. Although, orang cakap menjadi pengawas ni sering dibebankan dengan tugas-tugas, saya tetap dengan pendirian saya. Orang pertikaikan? Lantaklah! Yang pasti saya akan tetap dengan keputusan saya. Saya tak peduli apa yang orang kata buruk pada saya. Diorang hal lain, saya hal lain. Tak usah campur tangan."

Banyak lagi saya nak cerita ni. Tapi saya perlu solat Maghrib dan membuat kerja sekolah. Bye, bloggers ;) Saya akan ceritakan selanjutnya di Part 2 nanti. :)