Assalamualaikum dan selamat petang.
Harini aku nak cerita pasal filem/drama yang bergenre psychological thriller.
Psychological thriller merupakan favourite aku sejak kecik lagi kalau nak diikutkan. Yes, aku memang suka tengok filem-filem macam tu. Maybe aku terikut mak aku kot sebab dia pun suka nau genre ni so aku pun turut terikut sama.
And yea, sudah semestinya aku amat meminati bidang yang berkaitan dengan psychology. Psychology termasuk dalam foundation of Human Science. Aku taruk jadi first choice dalam UPU. Moga-moga aku dapat bidang tu. In Sha Allah.
PSYCHO (1960)
Aku tau ni cite lama. Generasi sekarang maybe tak minat nak tengok cite hitam putih ni. Well, who cares? Kalau dah minat filem genre macam ni, korang mesti akan tengok jugak even tahun berapa pun.
Tengok poster memang aku akui takde thrill kat situ but jangan judge filem based on the poster k hehe. Tajuk, yes dah agak ni filem thriller. Tajuknya pun PSYCHO kan.
Cite ni pasal Norman Bates yang dilakonkan oleh Anthony Perkins mengusahakan motelnya yang dipanggil Bates Motel yang tak dapat mengelakkan dirinya dari bunuh orang-orang yang tak bersalah. Muka Norman ni nampak je baik tapi psycho orangnya. Aku taknak cite panjang-panjang, takut yang belum tengok nanti anggap aku spoiler haha. Btw, filem ni ada sequel: PSYCHO II (1983), PSYCHO III (1986) dan PSYCHO IV: THE BEGINNING (1990).
Best atau tak best depends on korang. Bagi aku, memang filem ni best gila nak mati. Memang worth korang download kat YIFY, tunggu lama berjam-jam haha. Oh, Psycho ni ada remake semula. Tajuk yang sama, tahun 1998, pelakon lain-lain. Aku belum tengok lagi dan malas nak tengok sebab dah tau jalan cite dia sama. Aku lagi suka Anthony Perkins sebab dia yang paling berkesan jadi watak Norman Bates tu. Anthony Perkins ni boleh tahan gak hensem dia masa dia muda haha tapi bila dah tua, hensem dia tu dah takde. Dia meninggal masa tahun 1992 sebab AIDS. Dia pelakon yang berbakat besar, serious talk.
Aku suka ost yang tahun 1960 ni. Saspens je bila dengar haha.
So, ni antara filem paling legend yang pernah aku tengok. Usually aku tak layan cite lama but sejak drama Bates Motel (2013-present) siar, aku tertarik nak tengok cite ni.
Ok, Bates Motel ni drama prequel of cite PSYCHO. Cite pasal macam mana Norman boleh jadi gila dan mental kacau ni.
Yang jadi Norman Bates serius jambu! Cair hahaha. Cite ni dah sampai season 3. Hari Selasa ni episode 3. Tak sabar doeee. Kalau waktu Amerika, hari Isnin la.
So, if korang memang penggemar filem/drama psychological thriller memang aku syorkan sangat-sangat untuk tengok PSYCHO dengan Bates Motel ni. Jalan cite memang digarap dengan baik. Pelakon-pelakon pun serius awesome habis!
Nanti aku nak download drama Hannibal. It's psychological thriller too. Tak sabo nak tengok! hihi.
Friday, 20 March 2015
Psychological Thriller; Favourite All The Time
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment