9.00 pagi...
Loceng handphone aku berbunyi agak merdu.. Aku terjaga dari tidur bila terasa ada vibaration dari handphone Nokia C3 aku tu.. aku tengok skrin handphone aku tu.. tertera: Fatin S 15. Aku mengeluh.. Rupa-rupanya aku belum delete lagi entri birthday dia :/ Harini 5 Ogos 2013, genaplah umur dia 15 tahun. 5.8.1998 tarikh lahir seorang junior yang pernah buat aku gelak, happy go lucky dan bersemangat tapi ia cuma tinggal kenangan.. Kenangan yang aku tak dapat lupakan sampai bila-bila.
Aku keliru.. sama ada aku perlu wish atau tidak.. sebelah kanan said, "Kau wish dia je, even dia dah tak nak kawan kau, tapi korang pernah jadi kawan kan..? biar la dia taknak wish birthday kau sebab dia dah benci kau (maybe). Tapi kau tak benci dia kan? Selagi kau tak benci dia, kau wish je. Tapi kalau boleh, jangan benci dia langsung sebab Allah tak suka orang yang saling membenci. Dia balas wish kau ke tidak, tu hal lain. Yang penting, kau dah jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang sahabat sejati. Perjuangan utk menjadi sahabat sejati bukan mudah. Ada yang hargai, ada yang buat bodoh. Cukuplah kau menangis utk dia. Wish! Kau perlu wish dia!"
Sebelah kiri pulak said, "Apa kejadahnya kau nak wish budak yang dah buat kau menangis tiap-tiap malam tu? Kau fikir la sikit, birthday kau, ada dia wish? Takde kan? Kau dah banyak berkorban untuk dia tapi dia tak hargai langsung apa yang kau dah buat! Kau caring pasal dia, tapi dia dengan selambanya cakap tak selesa dgn kau. Sebab apa pun kau tak tahu. Apa motif dia tu? Kalau dia tak suka/benci kau, cakap je la weh. Takyah nak sorok-sorok. Bazir air mata kau je menangis utk budak yang tak pernah menangis pasal kau! Kalau dia still sayang kau, dah lama la weh dia jumpa kau minta maaf. Ni tak, buat bodoh je dia tu macam takde apa-apa berlaku! Kau tengok tahun lepas macam mana? Pasal dia, kau tak senang duduk? Pasal dia, kau bergaduh dengan junior lain? Dia ego! Kau tak payah nak BERSUSAH-PAYAH dengan ORANG EGO macam tu! TAK PAYAH!"
So, aku tak tahu mana satu yang perlu aku buat.. Apa yang belah kanan cakap tu betul, apa yang belah kiri cakap tu pun aku sokong. So, utk aku memastikan perlu atau tidak aku wish, aku tanya pada Carolyn Lawrence, foster mom aku yang awesome. Aku luahkan segala-galanya. Then, dia replied macam ni.
Aku fikir-fikir balik, betul jugak apa yang dia cakap. Aku tahu aku memang masih sayang dia lagi tapi bagi Mom Carolyn, perkara tu adalah satu yang indah. Jangan berubah sikap sebab dia. Aku kena jadi diri aku sendiri. Yep, maybe dah ditakdirkan aku putus kawan dgn dia. Tapi.. disebabkan aku masih anggap dia kawan, aku kena wish jugak.. Then, aku wish dia kat twitter. Dia balas ke tak tu lantak dia la.. Aku tak kisah..
Siapa yang tak sedih kalau kawan yg kita sayang tak wish kita? Aku punn. Tak semua kawan ingat birthday aku. Tapi tak kisah pun. As long ramai yang wish.. Ecehh!! xD
Mom Carolyn pernah post kat aku:
Tersenyum aku baca ayat ni. Thanks mom.. You're awesome :') Hope we will meet one day. Really hope. You inspired me a lot :) I love my own mom and also you.
Dan utk Cik Gadis Green Apple, happy birthday utk kau. Kalau kau baca blog akak ni, tolong la fikir-fikir kan.. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Akak tahu akak bukan senior yang terbaik. Goodluck utk bigbang PMR kau. Kau tetap kawan akak walau macam mana pun. Kau benci akak, tu kau punya pasal. Akak dah minta maaf dgn seikhlas hati. Terpulang pada kau nak maafkan akak ke tidak.. Memang akak menangis pasal kau tiap2 malam. Dah nasib kita berkawan sekejap je tapi kenangan-kenangan akak dan kau takkan akak lupakan. Sekian, bye.
Monday, 5 August 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment