Bertemu kembali di blog ni. Sebenarnya saya nak edit header, footer dan background blog saya ni kerana ia masih belum kelihatan comel lagi. Tapi tiba-tiba rasa malas pulak sebab nak mengupdate entri penting ni.
Entri yang saya nak update ni ada berkaitan dengan artis hollywood yang saya minati.
Kebanyakannya saya lebih minat terhadap artis Hollywood kerana lagu-lagu mereka kebanyakannya disusun dan diolah dengan baik supaya menyedapkan telinga yang mendengar hinggakan telefon bimbit saya pun sudah mengandungi 325 lagu english dan memory card saya hampir penuh.
Walaubagaimanapun saya tetap mendengar juga lagu2 melayu, indonesia dan korea. K, boleh tahan. Tak semua lagu melayu tak sedap. Ada yang sedap seperti Sleeq, Najwa Latif, Dafi dan sebagainya.
Tempoh hari, saya ada baca satu artikel dan stalk blog orang lain. Bila baca2, harusnya saya juga kena ambil berat. Okey ce tengok gambar kat bawah.
Korang kenal ni siapa? Mesti la kenal kan? Siapa tak kenal grup One Direction iaitu bermaksud Satu Arah. Yap, diorang hanya searah dengan genre yang dibawakan oleh diorang iaitu Pop dan RnB.
One Direction ni adalah grup yang saya minat. Saya sokong dan kagum dengan diorang sebab kebanyakan lagu diorang berunsur ceria dan humor. Padanlah diorang ni menjadi kegilaan ramai wanita.
Dalam kalangan diorang ni, saya lebih meminati Harry Styles. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin vokal dia kot. Yelah, ramai yang cakap suara Harry ni yang paling sedap.
![]() |
Ni dia si Harry Styles tu. Muka dia boleh tahan handsomenya. Dulu dia ni couple dengan Taylor Swift tapi sekarang dah putus. |
Mula-mula saya ingatkan dia ni anggota 1D yang paling tua tapi lepas saya search kat web, rupa2nya dia ni ahli yang paling termuda atau dalam korea 'maknae.'
Selain Harry Styles, ada empat lagi si comel. Ni gambar diorang.
![]() |
Louis Tomlinson |
![]() |
Liam Payne |
![]() |
Niall Horan |
![]() |
Zayn Malik |
Okey, dah tengok. Seriously comel kan diorang ni?Muehehehe.. Saya kenal diorang ni pun sebab ada seorang kawan saya, Amiera Eifra Arfie namanya yang memperkenal 5 jejaka kacak ni. So, balik rumah saya pun terus stalk grup 1D ni. Lagu pertama diorang yang saya dengar ialah What Makes You Beautiful. K, awesome habis.
Ada juga buddy diorang ni yang beragama Islam. Zayn Malik. Dia ni kacukan Pakistan dan Irish. Dia lahir dan membesar kat England. England tu tahulah gaya hidupnya macam mana.
Zayn Malik ni boleh dikatakan memang hensem gila ah. Tapi saya tak berapa berkenan dengan gaya hidup dia yang dah 100% ikut Barat tuh. Mula-mula kenal dia, dia just pakai subang je. Okey yang tu pun dah buat saya geleng kepala.
Tapi ada satu hari si Zayn ni tweet kat twitter yang dia nak tambah tatoo. Terkebil-kebil juga sebab sebelumni taktahu pun yang dia dah bertatoo.
Dalam blog2 yang saya stalk pun kebanyakannya memang tak puas hati dengan Zayn sebab bertatoo. Yelah, dia kan Islam.. Kalau dia buat macam tu, secara tak langsung orang Barat akan down kan Islam.
Disini saya nak share beberapa gambar si Zayn ni bertatoo.
Dah tengok? Lihat.. Perkara ni la yang membuatkan peminat Zayn kat Malaysia ni tak puas hati. Sekaligus boleh memalukan Islam kalau macam ni. Opps, opps.. Yang baru tahu ni jangan nak terus mengutuk Zayn lebih-lebih. Korang tak boleh nak hina dia sangat. Cuba scroll kat atas balik. Saya ada cakap yang dia ni kacukan Irish dan Pakistan. Dia lahir dan membesar di England. Korang mesti faham... Gaya hidup dan cara diorang berbeza sungguh. Zayn ni mix dengan orang-orang kat sana. So, memang tak heran pun kalau dia dah macam ni. Dia just tahu hukum Islam ni tak boleh makan dan minum benda yang haram. Tu je yang dia tahu sebab pengetahuan agama dia cetek. Sebab ni la Zayn tutup acc twitter dia kejap sebab dia cakap dia tak tahan orang yang kutuk2 dia. Tak lama lepastu, dia active kan acc dia balik. Ni gambarnya:
Kalau tak jelas sangat, tekan je gambar ni.
Niall ada cakap yang dia pernah terdengar Zayn ni mengaji tapi tak tahu la betul ke tak. Wallahualam. Walaupun macam tu, dia tahu juga nak puasa, sambut hari raya bagai. So, dia masih sedar yang dia ni Islam.
Bagi saya Zayn ni harus dibimbing lagi. Bagi para peminat dia jangan la terus nak kutuk2 dia. Dia just manusia biasa yang tak lari dari kesilapan macam kita semua. Korang yang memang minat gila kat dia ni patutnya berdoa supaya dia ni balik ke pangkal jalan yang lurus. Kalau korang sayangkan si Zayn ni, berdoa supaya dia tak terus terpesong lagi. Kalau dok kutuk2, susah dia nak jadi yang lebih baik kan?
So, moral of the story, everybody's not perfect. Allah akan bagi hidayah kat orang bila-bila masa je jika Dia nak. Untuk Zayn ni pulak, insya-Allah dia akan berubah kalau ramai yang mendoakan dia.
Okey itu sahaja bicara saya. Bye, sehingga berjumpa lagi :)
hidayah dah ada.jgn nak kata hidayah tu xada.al quran dan sunnah tu apa?islam mmg mudah tp bkn utk dpermudahkn.tp spti lazimnya perlu kita ikut cr nabi SAW.jd bdoa la agarh Allah melemparkn taufiq padanya agar blajar utk taat.surah al alaq itu sndiri tlh mwajibkn agar mnuntut ilmu yakni ilmu ttg iman.
ReplyDelete