Friday, 29 March 2013

Cerita Artis Hollywood Hari Ini

Assalamualaikum..

Bertemu kembali di blog ni. Sebenarnya saya nak edit header, footer dan background blog saya ni kerana ia masih belum kelihatan comel lagi. Tapi tiba-tiba rasa malas pulak sebab nak mengupdate entri penting ni.

Entri yang saya nak update ni ada berkaitan dengan artis hollywood yang saya minati.

Kebanyakannya saya lebih minat terhadap artis Hollywood kerana lagu-lagu mereka kebanyakannya disusun dan diolah dengan baik supaya menyedapkan telinga yang mendengar hinggakan telefon bimbit saya pun sudah mengandungi 325 lagu english dan memory card saya hampir penuh.

Walaubagaimanapun saya tetap mendengar juga lagu2 melayu, indonesia dan korea. K, boleh tahan. Tak semua lagu melayu tak sedap. Ada yang sedap seperti Sleeq, Najwa Latif, Dafi dan sebagainya.

Tempoh hari, saya ada baca satu artikel dan stalk blog orang lain. Bila baca2, harusnya saya juga kena ambil berat. Okey ce tengok gambar kat bawah.




Korang kenal ni siapa? Mesti la kenal kan? Siapa tak kenal grup One Direction iaitu bermaksud Satu Arah. Yap, diorang hanya searah dengan genre yang dibawakan oleh diorang iaitu Pop dan RnB.

One Direction ni adalah grup yang saya minat. Saya sokong dan kagum dengan diorang sebab kebanyakan lagu diorang berunsur ceria dan humor. Padanlah diorang ni menjadi kegilaan ramai wanita.

Dalam kalangan diorang ni, saya lebih meminati Harry Styles. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin vokal dia kot. Yelah, ramai yang cakap suara Harry ni yang paling sedap.

Ni dia si Harry Styles tu. Muka dia boleh tahan handsomenya. Dulu dia ni couple dengan Taylor Swift tapi sekarang dah putus.
Mula-mula saya ingatkan dia ni anggota 1D yang paling tua tapi lepas saya search kat web, rupa2nya dia ni ahli yang paling termuda atau dalam korea 'maknae.'


Selain Harry Styles, ada empat lagi si comel. Ni gambar diorang.
Louis Tomlinson


Liam Payne


Niall Horan

Zayn Malik
Okey, dah tengok. Seriously comel kan diorang ni?Muehehehe.. Saya kenal diorang ni pun sebab ada seorang kawan saya, Amiera Eifra Arfie namanya yang memperkenal 5 jejaka kacak ni. So, balik rumah saya pun terus stalk grup 1D ni. Lagu pertama diorang yang saya dengar ialah What Makes You Beautiful. K, awesome habis.

Ada juga buddy diorang ni yang beragama Islam. Zayn Malik. Dia ni kacukan Pakistan dan Irish. Dia lahir dan membesar kat England. England tu tahulah gaya hidupnya macam mana.

Zayn Malik ni boleh dikatakan memang hensem gila ah. Tapi saya tak berapa berkenan dengan gaya hidup dia yang dah 100% ikut Barat tuh. Mula-mula kenal dia, dia just pakai subang je. Okey yang tu pun dah buat saya geleng kepala.

Tapi ada satu hari si Zayn ni tweet kat twitter yang dia nak tambah tatoo. Terkebil-kebil juga sebab sebelumni taktahu pun yang dia dah bertatoo.

Dalam blog2 yang saya stalk pun kebanyakannya memang tak puas hati dengan Zayn sebab bertatoo. Yelah, dia kan Islam.. Kalau dia buat macam tu, secara tak langsung orang Barat akan down kan Islam.

Disini saya nak share beberapa gambar si Zayn ni bertatoo.







Dah tengok? Lihat.. Perkara ni la yang membuatkan peminat Zayn kat Malaysia ni tak puas hati. Sekaligus boleh memalukan Islam kalau macam ni. Opps, opps.. Yang baru tahu ni jangan nak terus mengutuk Zayn lebih-lebih. Korang tak boleh nak hina dia sangat. Cuba scroll kat atas balik. Saya ada cakap yang dia ni kacukan Irish dan Pakistan. Dia lahir dan membesar di England. Korang mesti faham... Gaya hidup dan cara diorang berbeza sungguh. Zayn ni mix dengan orang-orang kat sana. So, memang tak heran pun kalau dia dah macam ni. Dia just tahu hukum Islam ni tak boleh makan dan minum benda yang haram. Tu je yang dia tahu sebab pengetahuan agama dia cetek. Sebab ni la Zayn tutup acc twitter dia kejap sebab dia cakap dia tak tahan orang yang kutuk2 dia. Tak lama lepastu, dia active kan acc dia balik. Ni gambarnya:

Kalau tak jelas sangat, tekan je gambar ni.

Niall ada cakap yang dia pernah terdengar Zayn ni mengaji tapi tak tahu la betul ke tak. Wallahualam. Walaupun macam tu, dia tahu juga nak puasa, sambut hari raya bagai. So, dia masih sedar yang dia ni Islam.







Bagi saya Zayn ni harus dibimbing lagi. Bagi para peminat dia jangan la terus nak kutuk2 dia. Dia just manusia biasa yang tak lari dari kesilapan macam kita semua. Korang yang memang minat gila kat dia ni patutnya berdoa supaya dia ni balik ke pangkal jalan yang lurus. Kalau korang sayangkan si Zayn ni, berdoa supaya dia tak terus terpesong lagi. Kalau dok kutuk2, susah dia nak jadi yang lebih baik kan?

So, moral of the story, everybody's not perfect. Allah akan bagi hidayah kat orang bila-bila masa je jika Dia nak. Untuk Zayn ni pulak, insya-Allah dia akan berubah kalau ramai yang mendoakan dia.

Okey itu sahaja bicara saya. Bye, sehingga berjumpa lagi :)

Friday, 22 March 2013

HAPPY BIRTHDAY NURAZIE LYANA :)

Pejam celik, pejam celik dah bulan Mac. Hmm, cepat gila tahap gaban kan? Harini pun nak dekat masuk bulan 4 doe. Okey, okey. Masa semakin cepat dan aku sendiri pun tidak menyangka.

Okey, entri yang aku nak tulis kali ni ialah pasal birthday. Harini 22 Mac 2013. Lihat, begitu cepat masa kan? Seperti tajuk di atas, Harini birthday bestie aku dan juga merupakan rakan sekelas aku, Namanya Nurazie Lyana binti Rosli. Lihat, cantik namanya kan? Secantik orangnya juga.


<3 Nurazie Lyana <3

Aku kenal Azie since aku form 1. First time aku kenal dia, aku tengok dia ni memang macam budak baik2. Tapi masa tu kitorang belum rapat sangat. Yelah, sebab belum kenal perangai masing-masing kan?

Tapi bila dah berbulan-bulan kenal, kitorang mula kawan rapat. Masa form 1, aku dengan dia lain kelas tapi friendship kitorang tetap baik. 

Apa yang boleh aku katakan tentang Azie ni ialah dia ni seorang yang setia dalam persahabatan. Dia ni kalau dah ada kawan, dia akan stay dgn kawan dia sampai bila-bila. Tapi bila sekali orang tu betrayed dia, maybe dia akan benci org tu dalam jangka masa yang agak lama.


Sebab tu, aku cuba sedaya upaya untuk jadi kawan yg terbaik pada Azie. Aku tak nak betrayed dia sebab dia ni dah cukup baik dengan aku. Dalam banyak-banyak kawan dalam kelas aku tahun ni, aku sorang je yang bahasakan diri kitorang 'saya-awak' Budak lain, aku panggil 'kau-aku' je. Btw, aku sebenarnya bukan suka nak panggil 'kau-aku' dengan kawan2 aku tapi disebabkan diorang panggil macam tu jugak so aku bahasakan diri aku macam tu.

"Pernah tak kau terasa dengan Azie?" Oh, soalan tu aku tak pasti akan menjawabnya tak. Maybe ya, maybe tidak. Tapi kalau ya pun aku awal-awal lagi dah maafkan :)

Dalam ramai-ramai budak kelas aku, Nurazie Lyana ni la kawan yang paling aku sayang sekali. Wootwoot. Aku tabik dengan sikap dia yang tak mudah bosan bila dengar orang lain bercerita. Contohnya, rakan baru kelas saya, Nur Faratul Aisyah namanya. Dia ni clumsy, periang dan grumpy. Ada je benda baru yg dia nak cerita. Sampai aku pun terkebil-kebil mendengar dia bercerita pada kami termasuk Azie. 


Abaikan name tag yang nama Zaimah tu. Sebenarnya tu name tag Cikgu Zaimah :3 Dia sengaja pakai name tag tu. Hikhik!

Itulah Nur Faratul Aisyah. Si clumsy no. 1 dunia. Hehehehe. Dia ni walaupun macam tu, dia ni sporting tau. Siapa2 sakittkan hati dia, akan aku cepuk! Bbhahahahah!

Okey, berbalik pada cerita Azie. Dia ni jenis tak pilih kawan. Aku tengok semua kawan dia ok je! Itu yang aku tabik dia!



AZIE :D

Ada satu perkara yang buat aku gelak. Ada orang cakap  Azie ni ada iras-iras aku. Hahahaha! Yeke? Oh, pleasee.. Dia lagi comel. Aku tak secomel dia ok? Serius doe. Dia lagi comel.

Azie (baju kuning) yang merah ni pun bestie saya, Elisa Ayunie :)

Me :)

Cuba bandingkan gambar Azie di atas dan gambar saya di bawah. Iraskah? Entah, tapi diorang cakap iras. Maybe sikit kot. Hehehe XD

Harini birthday Azie, aku bagi dia coklat Cadbury. Dia cakap dia suka gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kat coklat.Maaaf, aaaaaaaaaaaa aku terlalu panjang.

Sebagai kawan yang baik, aku janji akan tolong dia masa dia dalam kesusahan. Patutnya esok aku hangout with Azie dgn Atina tapi tak jadi sebab esok ayah aku ada kerja. Uhuk! Uhuk! :(

Tapi takpela.. Lain hari boleh hangout. Ahad ni aku nak pergi Cameron. Nanti kat sana nak insya-Allah nak beli ole-ole sikit untuk classmates aku ni, AZIE, ELISA, FARATUL, ATINA.

Khas untuk awak, Azie :)

Anyway, akhir kata aku, 

Dear Nurazie Lyana,

I wanna to thank you a lot for always be there for me through ups and downs whenever immahappy or sad. You were very kind to me. I never doubt it. I will never betrayed you because we are FRIENDS FOREVER. What can I say, you're the supercilious, little bit grumpy and doesn't like to brag.I promised I'll always be there for you too. Don't forget me as Imma not forgetting you. Happy birthday to you and I wishh you could be happy. For 4 years we were friends, you never make me cried my heart out :') Iloveyou buddy. Always.

Your loved buddy,
Riesya.

I hope you're happy when you've done read this :)

Bye, assalamualaikum :)