Korang mesti dah sedia maklum kan yang midyear exam tak lama lagi? Saya sudah cukup berdebar-debar. Hehe.. Tapi mana boleh tension2 sangat kan? Kita mesti cool :D Bila berusaha, harus tawakal.
Okey, harini saya nak menulis berkenaan kartun yang baru saya minat gila2 selepas SpongeBob SquarePants! Leggo it! Umur saya dah nak masuk 16 tahun.tapi masih minat kartun. Ops, bukan semua kartun yang saya minat ye. Hanya satu dua saja :)
Kartun ni sebenarnya tak ikut had umur. Kalau kartun tu beri banyak pengajaran memang la sesuai untuk meminatinya :D Pedulikan apa orang kata. Jangan pandang rendah sangat kat kartun. Lebih2 lagi kartun yang boleh improve pemahaman kita. Apa lagi kalau bukan kartun bahasa inggeris kan?
Okeyokey. Cuba tengok gambar kat bawah ni.
Kartun ni bertajuk The Adventures Of Jimmy Neutron: Boy Genius. Haa.. Tu la kartun yang memang menajdi kegemaran saya sejak awal bulan Januari ni! Hehehe... Actually, saya dah lama tengok kartun ni. First time tengok masa 2006. Time tu darjah 3 la. Tapi just tengok gitu2 je. Takde la sampai minat sangat pun. Bila dah masuk form 4 ni baru la jadi fans atau Neutroners! Hehe..
Korang yang minat sains fiksyen sesuai tengok citer ni sebab dia banyak adventures, humor dan pengajaran yang SERIOUSLY awesome habis! Kartun ni mula tayang kat tv masa 2002. Lama sangat tuh. Masa tu saya baru umur 5 tahun. Masa tahun 2006, citer ni dah habis dah.Tapi still ulang tayang kat tv.
Kartun Jimmy ni walau ulang banyak kali pun tak bosan. Sebab kisahnya humor dan chiclit. Saya tengok ramai fans Jimmy Neutron ni. Ok, korang the best!
Sejak jadi Neutroner ni, saya banyak kali stalk laman web, tengok episod2 Jimmy Neutron dan fansmade pasal Jimmy Neutron dan Cindy Vortex :D Hehe.. Sweet je Jimmy dgn Cindy ni.
Citer Jimmy Neutron ni mengisahkan sorang budak umur 10 tahun, namanya of course la Jimmy Neutron yang merupakan watak utama. Nama penuh dier ni James Isaac Neutron. Pergh, nama klas gitew! Jimmy ni genius, pandai, bijak, comel. Dia selalu invent barang2 baru. Tapi yang malangnya benda yang dia invent tu selalu jadi masalah kat Retroville, tempat tinggal dia.
Jimmy bertanggungjawab utk selamatkan Retroville. Selalunya dia la rescued. Mana ada orang lain. Yela, bak kata orang, sendiri buat sendiri tanggung. Even ciptaan Jimmy ni selalunya tak menjadi tapi akhirnya dia dikagumi ramai atas keberaniannya :)
Ni pulak kawan baik Jimmy. Carl Wheezer. Jangan salah faham sebab dia pakai speck :p Hehe.. Sebab Carl ni lurus bendul orangnya. Tengok muka memang nampak dia ni budak pandai. Tapi Jimmy tak kisah pun kawan dengan dia. That's good la :D
Ni pulak Sheen Estevez. Kawan baik Jimmy jugak. Dia ni pun lurus bendul.Dia ni minat gila kat Ultra Lord. Pergh, idola sepanjang masa Ultra Lord tu pada Sheen.
Ni pulak Cynthia Aurora Vortex (uish, nama dia cantik doe) a..k.a Cindy Vortex. Okey, fyi, budak perempuan rambut kuning ni saya memang minat. Comel, sweet doe! <3 Dia memang matching dengan Jimmy. Mula2 dia memang tak suka kat Jimmy ni tapi bila lama2 dia terus suka tapi tak nak mengaku pulak.. Alahai.. Sweet doe bila dia gaduh dengan Jimmy. Jimmy ni pun sebenarnya memang ada hati kat Cindy tapi masing2 tak nak mengaku. Nak buat macam mana? Tapi last2 Jimmy dgn Cindy jugak. Jyeah. Hope korang bahagia selamanya. Love you Cindy Vortex <3 #Vortexas #Jindy Vortron forever! URL blog saya pun dah bertukar cynthiaauroravortex.blogspot.com jugak. Nama twitter saya pun Cindy Vortex @RiesyaSwift. Oh.. Jangan lupa follow yer. Hehe..
Dan yang ni Libby Folfax. BFF Cindy. Diorang ni memang kawan baik sampai bila2. Libby ni macam minat kat Sheen je tapi tak tau la betul ke tak. Rasanya ye kot.
Ni first ever movie Jimmy Neutron sebelum Jimmy Neutron yang series ditayangkan. Awesome doe movie ni :D Tengok Jimmy dengan Cindy cute je kan? Hehehe..Time ni diorang dalam umur 9 tahun kot. Saya tengok movie ni kat watch32.com. Korang kalau nak tengok movie awesome ni cari je kat google dan klik laman web watch32. Confirm dapat tengok secara free. Saya tengok baru separuh je tadi. Esok nak sambung tengok lagi la XD hehe.. Seriously saya cakap, movie ni memang best!
Sbg kesimpulannya, saya Neutroner dan Vortexas :D Don't doubt it. Hehe, I very very lovee this cartoon :D Forever maybe :)) Tabik pada pengarah citer Jimmy Neutron ni, John A. Davis! Anda terbaik!
Okey, sampai disitu saja. Jumpa lagi dalam entri blog yang akan datang. Bye! Assalamualaikum. :)